Sunday, October 9, 2011
dating..... dimana & bagaimana
Kali ini kita akan membincangkan satu tempat yang menarik untuk kita dating. Dimana ..? ianya akan menjadi satu persoalan yang membuat
kita pening kepala. Manakah tempat yang sesuai untuk kita membawa teman kita yang akan mendatangkan kegembiraan pada teman kita
supaya dia tidak boring dengan apa yang kita lakukan. Disini kita kongsi tips bersama dengan kawan-kawan kita.
Pertama bila kita bersama dengan mereka adakah kita bertanyakan soalan dan membicarakan soal perhubungan. Perhubungan adalah
satu persoalan yang mistik atau satu elemen yang mistik dimana tidak perlulah menekankan terlalu banyak dalam menarik perhatian dia.
Perempuan akan dapat merasakan getaran yang terhasil dalam diri kita jadi jangan sampai dia tahu apa yang terdapat dalam diri kamu
yang kamu ingin memikatnya. Jadikan beberapa perkara sebagai rahsia dan kalau nak bagi hint tu jgnlah nampak sangat. Jika ini terjadi
peratus kejayaan anda akan menurun.
Ingat perhubungan antara kamu dan dia dalam menarik perhatian dia adalah aspek utama dimana tanpa perhubungan yang betul kamu mungkin
tidak akan berjaya. Apa yang perempuan inginkan adalah kamu kena bagi apa yang dia nak sebelum kamu dapat apa yang kamu nak. Itulah
perempuan, namun situasi akan berubah apabila kamu ingin menambah ingatan dia terhadap kamu contohnya bila ada sesuatu yang dia
inginkan kamu sengaja tak beri tapi pastikan peratus kejayaan anda bila nak buat macam nie.
Bila kamu dah bagi apa yang dia nak dan peratus kejayaan dah tinggi cuba kamu pula yang mengawal situasi dan jangan dia yang
mengawalnya. Dia akan mengingati detik ini bila dia tak bersama kamu. Dia akan ingat walaupun kamu dah berpisah dengan dia.
Kemudian janganlah cuba terlampau keras sangat nanti perempuan akan nampak kamu tak confident dengan diri kamu, dah kurang 15%
kalau benda ini berlaku ingat nasihat don't play hard but smart. Mulalah dengan menceritakan sedikit tentang diri kamu dan dia tapi
jangan terlampau kerana ini akan menciptakan suasana asing dan pelik bagi dia. Ianya hanyalah bertujuan menceritakan serba sedikit
tentang diri kamu. Sedikit saja yang akan membuat tarikan agar dia ingin bertemu kamu lagi untuk perkara selanjutnya.
Ingat lagi sekali perempuan akan dapat bau apa yang kita lakukan tanpa kita sedari jadi cool dan relax jangan push sgt. Nanti dia
benci dgn sikapmu walaupun kamu nie handsome nak mampos. Rupa tak menjamin kamu akan dpt perempuan tu yang penting sikap cool
keikhlasan dan kejujuran kamu walaupun kamu menipu sikap cool kamu dan cara kamu bercakap akan buat perempuan percaya.
Cuba kamu ambil ini sebagai ingatan kerana apa yang ada di segenap kepala perempuan adalah satu soalan ... apa yang dia mahu ?
iaitu di kepala mereka akan ada satu soalan, apalah mamat nie nak dengan aku jadi cuba hilangkan perasaan tu dalam diri dia.
Apa yang kamu perlukan adalah sedikit serius dan kelakar tetapi jangan bergantung sangat pada benda tersebut sehingga 100% skill
kita untuk benda tu.. gunakan 50% saja sikap serius dan kelakar kamu.
Dimana kamu perlu lebih seperti pengetahuan kamu contoh seperti apa yang diminati perempuan sekarang nie. Benda-benda hiburan
selalu dapat dijadikan satu cerita walaupun kamu tak tau pasal hiburan tetapi apa2 yang ada disekeliling kamu boleh dijadikan hiburan.
Jadi kamu kena kreatif dan confident disamping melawak. Ingat satu benda ni bila bersama ... ATTITUDE! ATTITUDE! ATTITUDE!
Sebagai tempat yang ingin dijadikan lokasi kamu bila nak dating sini aku bagi idea kat korang sikit. Cuba cari satu tempat yang
menarik dan lagi menarik kalau tempat yang dia tak pernah pergi dan tidak terlampau sesak. Kalau korang g shopping mall sesak
sgt so dia masih byk tempat nak sembunyikan diri dia. Cuba cari tempat yang lengang dimana cuba ada beberapa pasang mata yang
pandang kamu berdua disitu dia akan cuba merapati kamu sebagai tempat pelindung drpd mata-mata yang memandang dia.
Jika tempat dating yang sesuai kena tangok jugak awek tu macam mana. Jika bukan ke bar atau club cuba kamu cipta satu aktiviti
menarik yang mana tidak terlampau sesak kerana perempuan yang pergi ketempat sesak sbb nak cari pasangan. Cuba kamu buat aktiviti
berbasikal dekat bukit cerakah atau memana yang korang boleh berbasikal atau mendaki bukit ker. Atau pun kamu bawa dia ke kedai
yang pelik-pelik dimana benda2 pelik terdapat disitu. Atau kamu boleh juga beli kad (daun terup) lepas tu korang ajar dia cemana
nak main sambil korang lepak2 berbual 2.
Kerana perempuan akan mudah teransang apabila ada sesuatu perkara yang melibatkan perjudian. Kamu masih ada byk tempat yang
ingin difikirkan. Kalau macam aku mestilah aku punya cara tersendiri dalam menilai sesebuah tempat contohnya sebuah warung
yang tak ramai orang didalamnya dan keadaan didalam boleh buat dia selesa. Byk gak lagi tempat menarik yang penting kena dgn
imiginasi kamu dan jgn tergopoh gapah
nak pilih tempat dating, buat research sikit pasal tempat2 menarik dan rancang dulu apa aktiviti yang kamu nak buat.
Semoga berjaya !
" :-) .... <3<3<3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment